Nara dan Osaka

Setelah 4 malam di Tokyo, perjalanan kami diteruskan pula ke Kyoto, menaiki Shinkansen Hikari sekali lagi. Kami menginap 4 malam di Budgetinn Kyoto. Keesokkan harinya, destinasi pertama kami bukanlah di sekitar Kyoto, tapi kami ke Nara dulu. Jalan-jalan di Nara melihat kawasan yang banyak rusa jinak. Dari stesen keretapi perlu berjalan kaki ke kawasan tersebut. Di Jepun ni memang kena banyak berjalan jadinya pastikan membawa kasut yang sesuai.

nara1

nara2

nara4
nara3
nara5

Tak lama kami di Nara kerana selepas itu terus saja kami menaiki keretapi menuju Osaka. Kami ke Kaiyukan Aquarium menghabiskan waktu senja di Osaka sebelum pulang semula ke Kyoto ^^

osaka-wheel
obor1

Musim luruh di Tokyo | Part 2

Ok rasanya ni adalah post terakhir untuk entry musim luruh di Tokyo, semuanya akan dimasukkan dalam post yang sama. Tapi percutian saya dan keluarga tidak berakhir di Tokyo kerana selepas lebih kurang 4 hari di Tokyo, kami bertolak pula ke Kyoto. Antara tempat yang kami lawati sepanjang berada di Tokyo ialah Mt. Fuji (Fuji-san). Sepanjang 4 hari di Tokyo, kami selalu cek ramalan cuaca dan cuba flexible kan itinerary sepanjang 4 hari tu. Ni untuk memastikan kami dapat pergi ke Mt. Fuji pada hari yang cerah. Boleh cek page ni untuk melihat keadaan real time view di Mt. Fuji.

Satu hari tu hujan di Tokyo, jadinya kami hanya menghabiskan masa di muzium (Edo-Tokyo Museum). Apa-apa pun sebelum bercuti di Jepun, kalau yang pergi sendiri tanpa tour guide, elok rasanya untuk study dulu serba sedikit tentang aktiviti yang boleh dibuat di sana. Boleh cek di website ni, JapanGuide. Bawah ni antara gambar-gambar musim luruh di kaki Gunung Fuji. Sebenarnya ada beberapa tempat yang boleh dilawati untuk melihat Mt. Fuji, tapi kami pilih untuk ke Kawaguchiko. Bagi yang ada JR Pass, boleh la ambil train Limited Express Kaiji dari stesen Shinjuku dan turun di Otsuki. Sampai di Otsuki kena tukar train menaiki Fujikyu Railway. Train ni tidak dicover oleh JR Pass jadinya kena la beli tiket lain. Perjalanan dari stesen Shinjuku  mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai di Stesen Kawaguchiko. Keretapi Fujikyu Railway ni ialah train yang ada gambar comel Mt. Fuji seperti di bawah.

Sesudah sampai di Stesen Kawaguchiko, pengunjung ada pilihan samada nak terus naik bas untuk ke hentian yang diminati(tak ingat nama bas, dalam gambar di bawah) atau boleh ikut macam kitorang yang first jalan kaki dulu menuju ke Tasik Kawaguchiko. Untuk ke tasik ni, keluar saja dari pintu stesen tu cross ke seberang jalan dan jalan terus je dalam 15 minit.

Mt. Fuji train
Lake Kawaguchiko
Mt. Fuji
fuji5

Keesokkan harinya, kami menuju ke Yoyogi Uehara, mencari satu masjid di Tokyo ni, iaitu Tokyo Camii. Binaan masjid ni terjaga rapi dan tak nampak usang. Selesai solat di masjid tersebut, kami menaiki keretapi menuju ke Shinjuku Gyoen, sebuah taman yang terletak di Shinjuku. Bayaran masuk sebanyak 200yen. Memandangkan kami ke Tokyo pada awal November, dedaun di Shinjuku Gyoen masih belum banyak yang bertukar kekuningan atau kemerahan. Adalah beberapa pokok yang sudah bertukar kekuningan di kawasan French Garden. Waktu yang paling sesuai mungkin sekitar pertengahan November hingga Disember. Sayangnya kerana kesuntukan masa, kami tak sempat nak cover semua garden yang ada. Tapi pada waktu kami melawat taman ini, bunga-bunga ros sedang berkembang mekar. Bunga kegemaran saya ialah bunga “Blueboy” seperti dalam gambar di bawah sebab bau bunga ni sangat wangi ^^

Tokyo Camii mosque

shinjukugyoen2
blueboy at shinjuku gyoen
gundam

Oh ya pada hari yang sama kami ke muzium kerana hari hujan renyai-renyai, sempat juga kami ke Odaiba, melihat sebuah life-size Gundam robot diletakkan bersebelahan dengan shopping mall “DiverCity Tokyo Plaza”. Semasa singgah di kabin yang menjual souviner Gundam ni, penjual kedai memaklumkan beberapa minit selepas itu robot Gundam tu akan “hidup” dan mengeluarkan cahaya seperti dalam gambar majalah yang aku sedang belek. Ok jugak datang malam dapat juga lihat performance robot ni menggerakkan anggotanya dan pancaran anime Gundam pada dinding mall di belakang tu. 

Musim luruh di Tokyo | Part 1

Sudah hampir nak setahun entry Jepun ni tersadai. Harap masih ada yang sudi baca ^^

Hari tu hari Ahad. Pagi lagi kitorang dah mengemas beg untuk berangkat ke Tokyo dari Osaka. Perjalanan ni kami menaiki bullet train atau lebih dikenali sebagai Shinkansen. Kami menaiki train jenis Hikari sebab train ni yang dicover oleh JR Pass. Train dari Osaka ke Tokyo akan melewati Gunung Fuji yang boleh dilihat dari tingkap sebelah kiri. Oh ye, sepanjang berada di Tokyo, kami menginap di House Ikebukuro yang terletak di Ikebukuro.  Hari pertama di Tokyo tak banyak yang sempat kami lawati kerana selesai check-in barang semua hari sudah semakin lewat petang. Kami hanya sempat berkunjung ke Meiji Jingu, Takeshita-dori dan menikmati suasana malam di Shibuya. Untung juga petang tu kami dapat menyaksikan upacara perkahwinan cara tradisional Jepun yang dijalankan di Meiji Jingu Shrine tersebut. Pameran bunga kekwa yang menjadi kebanggaan orang Jepun juga sedang berlangsung di Meiji Jingu pada bulan November. 

hikari

meiji-1
tokyo-combo1
tokyo3
tokyo6
tokyo7