Lama betul aku tak update blog. Okla kali ni aku akan habiskan blog entry untuk hari-hari terakhir aku di Seoul pada bulan May yang lepas.
Hari berikutnya aku dan kawan aku telah berkunjung ke Gwangjang Market kerana kawan aku ni berniat mencari kain korean silk. Aku pun tak lah tau sangat mana nak cari kain silk di Korea ni dan search dari internet kain silk boleh didapati di Gwangjang market ni. Tapi pilihan yang terdapat di market ni agak tidak menepati kehendak jadinya kitorang pilih je apa yang ada dan sempat kami membeli comforter yang banyak dijual di sini. Kebanyakannya pure Korean cotton dan kena pandai cari yang lembut dan murah ^^. Pada malamya kami sempat menonton Nanta Show di Myeongdong, sebuah pertunjukan non verbal yang agak menghiburkan.
Hari terakhir kami di sini tak lengkap rasanya kalau tidak ke Dongdaemun market untuk mencari cenderahati untuk dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Basically itu saja lah yang kami lakukan sepanjang 5 hari di Seoul. Rugi pula sebab tidak pergi ke Jeju Island kerana cuti tidak panjang, takpelah mungkin ada rezeki di kemudian hari. Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan dan berakhirlah sudah entry percutianku di Seoul, Korea Selatan.






mesti ada tempat jual kain yang lebih best dari gwangjang market tu kan? mana la tau ada tempat lagi best jual kain ke..
xpon ko pegi bandung la pasni weyy..mesti lg best hahahaa..sana lagi banyak kain
seronoknya ko dpt pegi korea, erm aku da bnyk ketinggalan tempat ni.. haihh bestnye baca travel blog ko..
apa2 pon pic 2nd last adalah kesukaan! makanan ape tu wey.. waffle goreng bersalut gula salji ke? ehee…
tu la aku rasa mesti ada yang lagi best. ada tengok blog orang dorang gi kat area dongdaemun la mana la tak tau ler huhuhu
yg satu gambar tu kan, orang tu tgh buat cekodok besar? ke hashbrown? hehe
tu la cam sedapp je kan cekodok besar tu kekeke
eyy ko ni tak menjawab soalan ni whahaha.. apo ke nama makanan tu wehh hahahaaa
oh jap aku google hehe
ooo nama dia bindaetteok, sejenis pancake yang dibuat dari “Mung” beans. Entah hehe
weh bila nak makan makanan korea nih