Jepun…Akhirnya!

Alhamdulillah. Aku akhirnya sampai juga di Jepun awal November 2012. Sebenarnya memang dah lama plan nak ke Jepun setelah kawan aku yang sama-sama belajar Bahasa Jepun ajak untuk bercuti ke Jepun tahun 2011. Masa tu tiket dah beli. Penginapan dah siap booking awal-awal. Sampailah hari aku sampai ke kedutaan Jepun untuk buat visa, petang tu dunia dikejutkan dengan berita gempa bumi dan tsunami melanda Jepun. Pendekkan cerita, kami terpaksa batalkan percutian ke Jepun tu. Trip tu kami divert terus tukar booking flight ke New Zealand pulak. Dah la langsung tak study apa-apa tentang New Zealand, kitorang sempat rangka jugak percutian ke sana. Sedih jugak tak dapat merasa musim Sakura yang memang sangat femes di sana. Sewaktu Jepun melalui musim bunga, New Zealand pula musim luruh. Kami tak rugi apa pun dapat jugak merasa musim luruh dan keindahan bumi New Zealand yang memang tiada tolok bandingnya. Bersyukur kitorang buat pilihan ke New Zealand kerana tak lama lepas tu, AA batalkan pula flight ke sana. 

Trip ke Jepun kali ni aku pergi bersama bapa dan adik aku. Bulan November tu kiranya awal musim luruh di Jepun. Destinasi pertama adalah Osaka. Flight mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai lebih kurang pukul 3.30-4 petang macam tu. Selepas selesai urusan imigresen kitorang terus aktifkan JR Pass 7 days yang perlu dibeli awal sebelum sampai di Jepun. Sampai di JR office di bangunan luar KIX airport, kena beratur agak panjang kerana agak ramai orang yang hendak membeli tiket jugak di sana. Kami plan untuk naik Limited Express Haruka ke Shinsaibashi tapi sebelum tu kena turun di Tennoji dan tukar train. Untuk aktifkan JR pass ni kena bawa bersama passport dan isi borang yang diperlukan. Di sini juga boleh terus book seat (jika mahu) untuk train yang akan dinaiki tu sebab booking seat adalah percuma untuk orang yang ada JR pass. 

flight1

Sampai saja di Stesen Shinsaibashi, kitorang kena berjalan kaki sikit untuk ke hostel kami. Mujurlah orang-orang Osaka ni peramah orangnya sampai juga kami di hostel tu walaupun terpaksa guna bahasa Jepun yang sangat limited dan sangat berhabuk. haha serius lama tak berlatih. Kami menginap satu malam di Osaka di Osaka Hana Hostel. Hostel ni baru je buka beberapa bulan sebelum kami pergi. Sangat selesa. Tak cukup satu hari di sini. Selesai bersiap semua langit dah lama gelap sejak dari pukul 4-5 petang lagi. Jam dah pukul 8 lebih dan kami dah terlewat. Lewat sebab kebanyakan kedai di Jepun ni memang tutup awal, pukul 8 ramai dah bersiap tutup kedai. Sayangnya dah ada kat Shinsaibashi tapi tak dapat cuci mata window shopping huhu..Kami tak berjalan kemana sangat jalan-jalan sekitar bandar seperti Dotonbori dan Shinsaibashi. Tengok neon-neon yang femes di sini. Tengok orang-orang Osaka. Lepas tu balik ke hostel dan bersedia untuk hari-hari yang akan datang.

hanahostel1

pablo1

takoyaki

que1

food1

glico

Hari-hari akhir di Seoul

Lama betul aku tak update blog. Okla kali ni aku akan habiskan blog entry untuk hari-hari terakhir aku di Seoul pada bulan May yang lepas.
Hari berikutnya aku dan kawan aku telah berkunjung ke Gwangjang Market kerana kawan aku ni berniat mencari kain korean silk. Aku pun tak lah tau sangat mana nak cari kain silk di Korea ni dan search dari internet kain silk boleh didapati di Gwangjang market ni. Tapi pilihan yang terdapat di market ni agak tidak menepati kehendak jadinya kitorang pilih je apa yang ada dan sempat kami membeli comforter yang banyak dijual di sini. Kebanyakannya pure Korean cotton dan kena pandai cari yang lembut dan murah ^^. Pada malamya kami sempat menonton Nanta Show di Myeongdong, sebuah pertunjukan non verbal yang agak menghiburkan.

Hari terakhir kami di sini tak lengkap rasanya kalau tidak ke Dongdaemun market untuk mencari cenderahati untuk dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Basically itu saja lah yang kami lakukan sepanjang 5 hari di Seoul. Rugi pula sebab tidak pergi ke Jeju Island kerana cuti tidak panjang, takpelah mungkin ada rezeki di kemudian hari. Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan dan berakhirlah sudah entry percutianku di Seoul, Korea Selatan.

gwangjang2

gwangjang1

hongdae1

nanta1

zoo1

zaza9

Nami Island

Hari ketiga di Seoul kitorang bercadang untuk pergi ke Nami Island. Malam sebelumnya aku dah study route ke Nami melalui blog traveler lain dan akhirnya kitorang pilih untuk naik keretapi dan subway. Ada je cara lain untuk ke Nami Island ni contoh macam naik bas. Jadinya awal pagi lagi kitorang mulakan perjalanan dari Myeongdong Station. Route yang kami lalui adalah seperti berikut.

Myeongdong Station – Chungmuro – Dongdaemun History – (Line 4) – Wangsimni (Line 2) – Sanbong (Jungang Line) – Gapyeong (Gyeongchung Line)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih, dah tak berapa ingat detail. Sampai saja di stesen Gapyeong, kitorang tahan teksi di hadapan stesen ni dan minta untuk dibawa ke Nami Island. Bayaran untuk ke Pulau Nami untuk pelancong adalah 8000won sehala. Gambar di bawah ni sekitar Pulau Nami.

Sunset di N Seoul Tower

Entry kali ni bersambung setelah kembali dari bersiar-siar di Cheongyecheon. Kitorang singgah jap di Zaza hostel, solat dan refresh up. Kami seterusnya menuju ke N Seoul Tower yang terletak tak jauh dari hostel kami. Kitorang memilih untuk mendaki tangga ke tower tu. Jadinya terpaksalah mendaki sejauh 1.4km..lebih kurang la sebab dah tak ingat jarak sebenar. Agak mencabar jugak, walaupun hanya mendaki anak tangga, tapi kena ada stamina yang cukup fit untuk sampai ke atas. Mujur kami sempat menyaksikan matahari terbenam di kaki N Seoul tower tu. 


Tiket untuk ke observation tower harganya 9,000won. Jadi dah alang-alang mendaki kitorang pun bayar je lah untuk menikmati pemandangan kota Seoul dari atas. Cuaca di Seoul sangat indah pada masa tu. Sejam lebih kami berada di atas tu, kitorang turun ke bawah kali ni naik cable car sebab naik tadi dah penat mendaki huhu. Sampai di hostel, terus saja surf internet untuk persedian route ke Nami Island esoknya. 

May 2012 | Korea Selatan

Hari kedua di Seoul aku bangun awal pagi. Hmm cuaca hari tu sangat indah.Hari tu aku memutuskan untuk ke Insadong. Turun di Anguk Station, kitorang tercari-cari di mana Insadong. Sepatutnya berada berdekatan dengan area Bukchon dan Changdeokgung Palace. Memandangkan trip ni ialah free and easy, kitorang tak panic. Hanya melangkah mengikut kaki yang membawa. Redah punya redah akhirnya jumpa dengan sebuah kompleks yang sangat artful di Insadong, iaitu Ssamziegil.

Di sini kitorang tak purchase apa-apa, hanya jalan-jalan meninjau dan window shopping je di kawasan ni.

Herm..sangat kreatif.

Kawasan sekitar Insadong pada pagi itu semakin dipenuhi orang. Kitorang terus sahaja bergerak mencari Gwanghwamun Square yang berdekatan dengan pintu masuk besar Istana Gyeongbok. 

Rice cakes. Famous gak kat Korea ni.

Gwanghwamun Square. Luas dan mendamaikan di tengah kesibukan kota. Menarik cara mereka memaparkan sejarah dalam terusan tu. 

Dalam kitorang nak cari Cheongyecheon Stream, rupa-rupanya ada festival sedang berlangsung. Friendship Fair 2012. Wah best betul! Di sini ada banyak negara yang join buka booth untuk memperkenalkan masakan negara mereka. Terus saja aku gi cari gerai Malaysia. Jumpa hehe. Bukan senang nak cari makanan halal kan, jadinya kalau dah banyak negara muslim buka booth, haruslah mencuba makanan dorang.  Gambar di atas ni gerai Malaysia. Tu dorang tengah bakar sate.  

Cheongyecheon stream sangat bersih dan jernih. Masa ni ada persembahan ala pantomin yang memaparkan seolah-olah kehidupan dulu-dulu di tepi sungai. Background music dia masih terngiang-ngiang je ni. Selepas penat berjalan di Cheongyecheon ni, kitorang balik ke hostel untuk ke destinasi seterusnya pula!

Bersambung…

{Pictures taken by me using my faithful.. Samsung EX1}

May 2012| Seoul, Korea Selatan

Setelah sekian lama aku tak mengupdate blog ni, sejak bulan September yang lepas, aku gigihkan diri ni untuk menulis entry terbaru. Buat pertama kalinya aku menulis entry dalam bahasa Melayu.

Ok pada awal bulan May yang lepas, aku telah ke Seoul, Korea Selatan untuk bercuti bersama seorang kawan sepejabat. Awalnya plan nak pergi dengan adik aku dan kawan-kawannya, tapi dorg tak jadi pergi menyebabkan aku pergi berdua sahaja. Berikut sedikit sebanyak catatan trip aku selama 5 hari di Korea.

Hari pertama | Gyeongbokgung Palace, Bukchon Hanok Village & Samcheongdong

 Flight kami tiba di Incheon International Airport seawal pukul 6 pagi. Setelah refreshkan diri kitorang terus menuju ke terminal bas untuk menuju ke tempat penginapan kami yang terletak di Myeongdong. Amat membantu untuk membuat sedikit study tentang pengangkutan apa yang perlu diambil supaya kita lebih confident dan tidak membuang masa. Tapi jangan risau, kat airport ni ada kiosk information yang sudi membantu memberikan lokasi gate bas berserta nombor bas yang perlu kita naik. Untuk ke Myeongdong menaiki bas, kitorang ambil bas 6015, berharga 10000won sehala dan akan turun di stop yang terakhir iaitu di Sejong Hotel. 

Inilah rupanya area Myeongdong apabila aku turun di stop yng terakhir di hadapan Sejong Hotel. Aku dan kawanku menginap di Zaza Backpackers Hostel, oleh itu mengikut peta kitorang perlu bergerak ke seberang jalan menuju Hotel Prince. Setelah meletakkan barang di reception (belum boleh check-in), kitorang terus keluar menuju destinasi pertama iaitu Gyeongbokgung. Oh sebelum tu di Incheon lagi, kitorang dah beli T-money, senang untuk bergerak di Subway nanti sebab hanya sentuhkan kad dan tak perlu membeli tiket. Masa naik bas sebelum tu pun kitorang just scan T-money tu. Senang.

Inilah gerbang masuk ke perkarangan Gyeongbokgung. Masa pergi tu tak sempat nak feel seni bina palace tu, dah jadi gambar baru dapat tengok kecantikan seni binanya.

Changing of guards ceremony kat perkarangan istana. Kawasan luas tempat pertunjukan ni belum pun masuk kawasan istana yang berbayar. Jadi tanpa tiket pun dah boleh saksikan acara ni. 

Kitorang masuk jugak ke dalam istana dan round-round dalam tu. Tiada apa yang menarik sangat, hanya senibina istana lama. Mungkin istana lama bukan interest kami.

Setelah penat berjalan sekitar Gyeongbokgung, kitorang keluar ke pintu besar dan berjalan lagi menuju ke Bukchon Hanok Village. Aku dengar tempat tu menarik dari blog-blog orang. Memandangkan kitorang tak jumpa signboard ke situ, kami bertanya kepada seorang guard yang berjalan sekitar istana. Ramai juga mereka upah guard untuk patrol area tu. Misi mencari Bukchon la yang paling memenatkan kaki kitorang untuk hari pertama ni!

Akhirnya kami jumpa tempat ni, just follow the crowds hehe. Area ni berbukit-bukit. Kitorang berjalan dan berjalan naik turun bukit sampai nak tercabut kaki rasanya. Di Seoul ni, redah je mana nampak jalan atau lorong tak perlu risau, baru adventurous. Mujur cuaca pada hari tu sangat cantik, kawasan ni terserlah berlatarkan langit yang biru!

“Bukchon Senghwarsabakmurgoan”..betul tak aku try baca Hangul ni. Makna tak tau..? Di tepi bangunan ni ada tangga ke bawah melalui celah-celah rumah orang. Kitorang amik keputusan untuk turun ke bawah. Tak rugi sebab  bila dah sampai ke bawah rupa-rupanya kitorang dah berada di kawasan Samcheongdong!

Jalan di Samcheongdong..setelah penat berjalan, kami balik semula ke Zaza untuk check-in dan berehat. 

Bersambung…

{Pictures taken by me using my faithful.. Samsung EX1, Myeongdong picture credit to Odie}

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.